Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

hasil pendapatan semasa cuti.

Tuesday, December 15, 2009
okey, sepanjang cuti ni aku rasa aku tak melakukan apa-apa aktiviti yang boleh dipanggil memori terindah. [memori pahit ada lah juga].

3/12/09 : hari jadi classmate saya, Noor Izzah Abd Aziz.

5/12/09 : hari jadi classmate saya juga, Naqiuddin Syafiq Zabiddin.

6/12/09 : kenduri kesyukuran dan juga kenduri arwah. [bagi aku dan kawan-kawan ia adalah pesta makan sambil bergosip].

7/12/09 : hari jadi mak saudara bongsu saya. Mentang-mentang dapat panggilan bonus percuma seminggu, hari-hari bergilir telefon adik beradik saya. Oh sangat indah bersembang dan bergosip. =)

8/12/09 : adik aku menyambut seruan P1 Wimax yang menggalakkan orang ramai potong! potong!

13/12/09 : aku telah melakukan kemalangan kecil [kecil tok angkat kau] antara kereta mak aku, Persona dan kereta Waja yang tidak diketahui namanya. Hasilnya bumper kereta Waja tiada apa-apa kesan melainkan Persona yang mendapat cat bumper Waja dan juga lengkungan separa bulat [hampir kot] pada pintu kereta belakang kiri. Aku? dapat tekanan jantung, malu, trauma, dan lain-lain yang berkenaan dengan kesan kemalangan ni.[ tapi cedera tak ada, syukurlah].

16/12/09 : hari jadi kawan saya juga, Habib Bakri Mamat.


dan cuti lagi berbaki selama 2 minggu. Rasa makin pendek. Rasa bagai hari tu baru cuti. Oh tak mungkin aku sanggup nak harungi praktikal selama sebulan, belajar Kimia dan Fizik dalam 1 masa, dan fikir menu untuk masak di rumah sewa!! [tapi elaun dan result aku tak sabar nak tunggu!!]

penting!!

Friday, December 11, 2009
Para suami di luar yang ada keinginan nak tambah korum mungkin boleh guna teknik permohonan ini. (mana tahu lembut hati isteri anda membacanya) ;p



Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.


Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu. 18 MEi 2009

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki.

potong!potong!

Tuesday, December 8, 2009

hehe..bukan sebarang iklan Wimax.
ni tentang adik aku Naim yang dah dijawikan (disunatkan) pagi tadi.
tahniah adik! u'll be a man (bak kata bapa saudara aku)

Dilayan umpama raja.
yang best kena duduk di rumah saja, tak boleh pergi mana-mana.
selalunya pagi keluar, petang baru balik. mengalahkan buruh binaan pergi kerja.
tapi yang best lagi, adik aku buat duit pula musim berkhatan ni.
Baru tadi bapa saudara aku bagi rm20 smabil berkata, "ni rm10 buat beli spender, rm10 lagi beli rokok.kan dah besar".ahahhaa..tak boleh blah betul bapa saudara aku tu. =)

apa-apa pun aku enjoy duduk di rumah. yang tak enjoy membela lemak tepu, tak tepu.semua ada.
i'll be back!

arghhh

Friday, December 4, 2009
assalamualaikum w.b.t

lama sudah aku tak update blog. agak sibuk sedikit.
sibuk dengan kenduri kendara.
Ahad ni pula kenduri kesyukuran, tahlil.
Adik aku, Naim bakal dijawikan.ahahaha.

Sekarang sibuk buat cupcakes biasa je.tak ada hiasan-hiasan pun.just bluebrry filling inside the cupcakes.
Sempat bergaduh dengan adik aku sebab adunan cair, terlebih air.
Buat terer, tambah tempung cupcakes.
hu, 1 besen besar, bila mau siap??

dalam gembira ada duka.

Friday, November 27, 2009
raya tahun ni biasa-biasa saja.
seekor lembu ditumbangkan di rumah arwah nenek aku.
adik beradik ayah aku pakat korban.
lapah daging sama-sama.

tapi pada hari raya ni lah ada saudara aku yang masuk wad.
nenek saudara aku, masuk wad petang semalam. complication jantungnya.
sebelum ni dia ada buat operation by pass (dalam 30 tahun dah), baru ada effect. ada darah beku dalam jantungnya.
kasihan dia, dia tak ada anak.tak ada orang jaga dia. adik aku cakap nak jaga dia kat hospital.
oarng yang kedua, waris aku jugak, dah dua bulan masuk hospital.
aku panggil dia Ki Aji Musa. dulu dia ajar aku mengaji masa aku kecil-kecil.
dah banyak kali dia operate, banyak juga penyakitnya.
aku pergi lawat dia tadi, dah susut badannya, makin kurus. sebak rasa hati.
orang ketiga, pensyarah aku (dua pupu mak saudara sabit aku) masuk wad pagi raya.
tu pun kebetulan terserempak masa aku lalu dalam wad.
dia ada complication operation jantung dia juga.

sekarang ni aku harap semuanya akan selamat dan beransur pulih.
doa-doakan mereka cepat sembuh ye..amin... =)