Lama rasanya tak update blog..kesibukan melanda. Alhamdulillah, dah beres semua kerja kecuali nak edit tesis, print dan hantar jilid. Minggu depan harus submit 5 salinan tesis. Hari Selasa-Khamis ni ada kursus gigi. Rasionalnya supaya bakal guru dapat pendedahan macam mana nak ajar murid-murid pasal pendidikan kesihatan melibatkan gigi ni. Kan setiap tahun meksi (nurse) akan datang ke sekolah bawa model gigi + berus gigi besar, buat demonstrasi depan murid-murid.
ok ok, sebenarnya nak sentuh sikit pasal bajet 2012 yang dibentang semaren (semalam + kelmarin). Keseluruhannya dapat saya katakan, bajet kali ini banyak memberi keuntungan dan kelebihan kepada penjawat awam khususnya golongan pendidik. Kenaikan gaji yang sangat tinggi bagi saya, pemendekan waktu untuk naik ke DG 48, jimat 2 tahun. Bersabar golongan lain, mungkin bajet untuk 2013 nanti untuk anda pula sebab kawan saya ada kongsi status seorang makcik nurse yang buat status tak puas hati dengan guru sebab bajet 2012 ni lah. Bagi saya, no komen. Cuma bersyukur je. Cuma yang saya nampak di sebalik berita gembira ni, bebanan kerja akan dan semakin bertambahlah nanti. Tambah-tambah saya guru baru. Tak apa, tu asam garam kehidupan.
oh, malam ni kecoh pasal ada lingkaran mengelilingi bulan, Fenomena halo. Google sendiri ye.oh ya, ni gambarnya.credit kepada rakan page UAI.
Fenomena halo terjadi apabila cahaya bulan dibiaskan..ini selalu terjadi ketika kelembapan udara tinggi (sgt sejuk)
oh ya, satu lagi:
saya sudah berjaya memiliki buku ini! tapi sayangnya tak berjaya dapatkan autograph UAI.
Harga RM15 je. Postage RM5. Berbaloi sebab mudah faham penerangannya.
Berminat boleh bagitahu saya =)


1 bicara bernas kamoo:
Macam mana beli ni?
Post a Comment