Akhirnya dah datang mood nak update entri baru. Lama berkurun kot tak update blog. Asyik masuk blog tapi biarkan macam tu je. Malas nak menaip.
Ok, entri pendek, macam tajuk entri juga. Kawan sekolah rendah kahwin. Orang kedua dalam kelas kami, selepas budak paling nakal, Habib kahwin baru-baru ni. Ini Fazli pulak. Pecah rekod betul. Saya? nantilah fikir. Nak enjoy cuti menganggur dulu.hihi =)
Inila Fazli dan isterinya Ain.
Tahniah Pali, semoga berkekalan hingga akhir hayat, sampai syurga =)
ok, ni sebahagian daripada ex-classmates kami yang dapat hadir. Yang lain kerja, dan jauh tak dapat datang ke kenduri di Kuala Abang, Dungun. Cikgu kami pun ada datang. Yang sedondon dengan pengantin tu..hee
ok, sakit belakang, cuci lantai kat luar rumah tadi. Mahu tidur sudah. Assalamualaikum..


0 bicara bernas kamoo:
Post a Comment