sedikit perkongsian hasil kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI). Kuliah di Surau Pak Tuyu ni guna kitab Muhimmah (Panduan suami isteri).
- Allah beri ganjaran pahala bagi setiap musibah yang kita hadapi.
- Si suami yang bersedekah/ memberi sesuap rezeki kepada siterinya, si suami akan dapat pahala sedekah.
- Umat Islam digalakkan mempunyai anak ramai - untuk meramaikan generasi umat Islam.
- Orang yang mempunyai dosa yang banyak, Allah susahkan kehidupannya di dunia untuk mengurangkan dosa-dosanya.
- Kita orang Islam wajib belajar sifat 20, mengenal Allah.
Antara soal jawab yang ditanya :
Q - Bolehkah berhenti solat dengan sengaja?
A - Haram berhenti solat dengan sengaja kecuali ada kes yang mudharat seperti tolong orang sawan, ada kebakaran.
Q - Kalau buat loan 10k, adakah dikenakan zakat simpanan?
A - Ya, kalau buat loan 10k, dan 10k tu simpan bedebuk dalam bank.
Q - Apa tugas suami sebenarnya?
A - Bagi nafkah, tarbiah dan ajar anak-anak.
Q - 2 orang sesat dalam hutan. Waktu nak solat, masing-masing punya pendapat tentang arah kiblat. Wajibkah solat berjemaah?
A - Tiada solat jemaah kerana masing-masing mempunyai iktikad sendiri tentang kiblat. Jadi solatlah sendiri-sendiri.
Q - Adakah imam wajib niat imam ketika solat Jumaat?
A - Wajib niat imam ketika solat Jumaat mengikut mazhab Syafie. Solat lain tak wajib niat imam tapi makmum wajib niat makmum.
Q - Apakah sifat-sifat isteri solehah?
A - Menjaga solat, taat pada suami, menjaga puasa Ramadhan.
Q - Apa hukum jirus air mawar ke atas kubur si mati?
A - Sunnah Nabi jirus air di atas kubur si mati untuk hidupkan hidupan atas kubur kerana hidupan (tumbuhan) akan bertasbih kepada Allah. Menurut cerita, Rasulullah memacakkan pelepah tamar atas kubur yang sedang diazab. Kata Nabi, selama mana pelepah tamar itu basah, azab bagi si mati akan dikurangkan.
Q - Apa hukum raut muka selepas memberi salam sesudah solat?
A - Ada setengah ulamak mengatakan sunat berbuat demikian.
3 bicara bernas kamoo:
Thanks for sharing Fatt
terima kasih di atas perkongsian yg penuh bermakna ni... amin...
same2 leen, n sedutzone..lain2 nota ambe update lagi..
Post a Comment