Wednesday, January 4, 2012

nota kuliah Maghrib 9-12-2011 - Surau Ladang

Assalamualaikum. Jom membaca. Jika ada persoalan boleh tanya di FB ustaz : Ustaz Azhar Idrus ( Original ). ataupun boleh lihat koleksi soal jawab di : Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus ( Original ).

  1. Perhiasan daripada emas haram dipakai oleh lelaki. Tapi boleh simpan, bukan untuk pakai. Contoh macam mata pen emas, jam dinding emas.
  2. Haram guna bekas-bekas makanan yang diperbuat daripada emas.
  3. Kalau pengantin lelaki *fasiq, dan pengantin perempuan beragama - maksudnya tak *sekufu - tak sah perkahwinan. 
  4. Walaupun pasangan pengantin sekufu tapi salah seorang tak setuju untuk kahwin- perkahwinan tetap sah jika ada 2 *wali mujbir (ayah/datuk)
Soal jawab : 
  1. Semasa sujud, wajib 7 bahagian anggota badan menyentuh lantai/tanah - dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut, kedua kaki.
  2. Maksud iradat = berkehendak.
  3. Orang Kristian yang suka berbuat baik. Bila dia masuk Islam, amalan kebaikan semasa Kristian dikira,amalan kejahatan tak dikira - betapa Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang.
  4. Jumhur ulamak mengharamkan tayang @ framed gambar-gambar benda bernyawa. Nak gantung juga gambar, gantunglah gambar alam semulajadi ke, gambar motor ke, mesin nyor ke. =)
  5. Golongan yang tidak dikenakan azab kubur --> para nabi-rasul-wali-orang gila-orang belum baligh (Islam dan Kristian).
  6. Dosa yang paling besar --> syirik.
  7. Dosa kedua terbesar kata setengah ulamak --> derhaka pada ibu bapa.
  8. Keputihan - batal wuduk.
  9. Air mani - tak membatalkan wuduk, cuma kena mandi wajib.
  10. Hukum menjadi ahli silap mata - makruh kerana dibimbangi akan diagung2kan oleh orang lain.
  11. Berdoa dalam sujud terakhir - boleh. Cuma ketika solat jemaah, apabila imam sudah tasyhadud makmum tu masih sujud - batal solatnya.
  12. Rasa nak kentut / kencing ketika solat- tahan selagi mana boleh tahan.
  13. Haram potong kuku bila dah niat ihram.
  14. Wanita period masih dapat pahala amalan yang dia tak dapat lakukan ketika period (seperti membaca quran, solat) dengan syarat dia sentiasa mengamalkan amalan tersebut setiap masa.

* Fasiq = melakukan maksiat, meninggalkan perintah Allah, dan menyimpang dari jalan yang benar.

*sekufu = setaraf
Wali mujbir = wali yang mempunyai bidang kuasa mengahwinkan anak atau cucu perempuan yang  masih perawan atau dara tanpa meminta izin gadis itu terlebih dahulu.

Wallahua'lam..fi hizfillah sahabat2..

0 bicara bernas kamoo: